Blogroll

Isnin, 21 Ogos 2017

5 Destinasi Percutian Luar Negara Bajet Bawah RM500

Percutian luar negara yang indah dan menarik tidak semestinya memerlukan kos yang besar seperti yang anda jangkakan. Terdapat pelbagai destinasi percutian di LUAR Malaysia yang hanya memerlukan bajet serendah RM500, jika anda tahu di mana, bagaimana, dan bila anda boleh mengurangkan kos perbelanjaan perjalanan anda.
Kami senaraikan 5 destinasi percutian luar negara yang memukau dengan bajet hanya RM500. Sukar untuk dipercayai? Teruskan membaca artikel ini!

Hat Yai


Hat Yai adalah tempat yang paling dekat untuk ke Thailand dari selatan Malaysia, hanya beberapa jam dari Bukit Kayu Hitam di Kedah. Ia adalah salah satu destinasi pelancongan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan Singapura kerana jaraknya yang dekat. Sejurus sampai, lawati Pasar Terapung Hat Yai Khlong Hae yang terkenal dengan ratusan penjaja menjual aneka barangan dan makanan daripada sampan atau bot kecil yang kebanyakannya diwarisi turun-temurun.
Tidak dilupakan juga lokasi-lokasi menarik yang lain seperti Taman Perbandaran (Municipal Park), Muzium Magic Eye 3D, kuil Wat Hat Yai Nai dan air terjun Namtok Ton Nga Chang. Selain daripada tarikan bersejarah dan semula jadi, Hat Yai juga dikenali sebagai salah satu destinasi membeli-belah yang terbaik di Thailand.
Kawasan pelancongan ini dibanjiri dengan pasar kering dan basah, kedai serbaneka dan pusat membeli-belah yang pasti menarik minat sang interi dan yang gemar berbelanja. Bagi mereka yang sedang mencari ketenangan, lawati Pantai Samila yang indah dan santai sambil mengagumi patung Golden Mermaid. 
Pengangkutan: Anda boleh ke Hat Yai dengan menaiki bas atau kereta api dari Kuala Lumpur, dengan harga tiket serendah RM48. Anda juga boleh mengambil kereta api Perkhidmatan ETS dari KL ke Padang Besar dengan kos sekitar RM80. Kemudian, anda boleh menaiki bas atau minivan untuk terus ke kota Hat Yai.
Makanan: Jangan risau, terdapat pelbagai pilihan makanan Melayu dan halal di Hat Yai. Gerai-gerai jalanan mereka menawarkan aneka sajian dengan harga serendah THB50 (RM6). 
Penginapan: Bergantung kepada bajet anda, terdapat bilik hostel murah dengan harga serendah RM30. Tetapi anda boleh mendapatkan penginapan yang lebih selesa jika anda bersedia untuk membayar lebih.

Surat Thani


Surat Thani adalah destinasi pelancongan yang ideal untuk sang pengembara yang muda dan ceria ataupun pesara yang inginkan ketenteraman. Terdapat begitu banyak aktiviti untuk dilakukan sampai anda mungkin tidak tahu di mana untuk bermula! Lawati Talad Sanjoa, pasar malam yang menawarkan ratusan hidangan tempatan dan antarabangsa untuk yang gemar cuba makanan eksotik.
Jangan lupa singgah di Surat Thani City Pillar Shrine untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan! Apapun pilihan anda, bandar yang indah ini tidak akan mengecewakan anda dengan pelbagai hiburan yang tidak berkesudahan .Pelancong boleh menyewa basikal – cuba basikal tiga roda jika anda bersama teman-teman – dan nikmati cuaca nyaman dan pemandangan yang unik di bandar oriental ini.
Bagi pencinta pantai dan parti, anda boleh menaiki feri ke Koh Samui atau Koh Phangan di mana anda oboleh menikmati air jernih dan menghadiri parti Full Moon mereka yang terkenal di serata dunia.
Pengangkutan: Tiket penerbangan ke Surat Thani boleh didapati dengan harga serendah RM154. Anda juga mempunyai pilihan untuk mengambil jalan darat dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas atau kereta api dari Kuala Lumpur ke Hat Yai dari harga RM48, di mana anda akan perlu beralih ke laluan Hat Yai – Surat Thani. Tambang kereta api dan bas bagi laluan ini bermula dari RM33.
Makanan: Surat Thani adalah syurga makanan yang agak murah. Cuba masakan Thai asli dengan harga serendah THB50 (RM6). 
Penginapan: Bagi mereka yang lebih menggemari penginapan yang selesa semasa melancong, buat tempahan atas talian sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tarikh penginapan anda untuk mendapatkan hotel serendah RM60 semalam. Jika anda inginkan penginapan kos rendah, anda boleh tinggal di hostel dari hanya RM19.21 semalam. Cuba Hostelworld untuk kadar hostel yang murah dengan sistem tempahan dan ulasan yang boleh dipercayai.

Phuket


Permata Asia Tenggara ini terkenal dengan pantai berpasir putih yang indah, air laut yang biru dan jernih, masakan eksotik yang lazat serta pelbagai pilihan aktiviti lasak yang menarik dan pemandangan yang menakjubkan. Jika anda seorang yang gemar melakukan aktiviti di waktu malam, Patong adalah tempat yang sesuai untuk anda – ia hanya 45 minit dari Lapangan Terbang Phuket.
Patong menawarkan keseronokan yang tidak berkesudahan, terutamanya di Soi Bangla yang terkenal dengan deretan kelab malam, bar, restoran, penjaja dan persembahan jalanan yang pasti dapat menghilangkan kebosanan anda.
Jika anda mengidamkan pantai bersih dengan air laut yang biru dan penuh dengan pelbagai hidupan laut, cuba terokai pulau-pulau yang indah di sekitar Phuket. Naiki feri ke Koh Phi Phi, Koh Phangan dan Pulau Raya untuk aktiviti sukan air seperti snorkeling dan menyelam. 
Pengangkutan: AirAsia adalah antara syarikat penerbangan yang menawarkan tambang penerbangan yang paling rendah untuk ke Phuket. Harga tiket bermula hanya dari RM149 dan ke atas (bergantung kepada tarikh perjalanan anda). Anda juga boleh menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Hat Yai untuk RM48, dan dari sana bertukar ke laluan bas yang membawa anda terus ke Bandar Phuket pada harga sekitar THB 380 (kira-kira RM45). 
Makanan: Terdapat pelbagai pilihan masakan asli Thai boleh dinikmati. Penjaja makanan di jalanan Phuket menawarkan pelbagai makanan tempatan pada harga serendah THB50 (RM6). 
Penginapan: Anda boleh dapatkan penginapan dengan harga serendah RM40 di hostel dan hotel-hotel murah yang berada di luar persisiran bandar. Buat tempahan atas talian di laman web seperti Trivago untuk tawaran yang berpatutan. Anda juga boleh mencuba Couchsurfing, di mana anda boleh tinggal dengan hos tempatan secara percuma dan berkawan dengan pengembara dari serata dunia.
Tip: Gunakan kad kredit yang mempunyai faedah tambahan untuk pelancongan seperti pengumpulan mata air mile yang membolehkan anda menebus tiket penerbangan secara percuma,  cash back bagi perbelanjaan di luar negara, diskaun khas untuk tiket penerbangan dan insurans perjalanan percuma seperti kad kredit AirAsia- Citi Gold Visa.
Kad kredit ini menawarkan sehingga 2x Mata AirAsia berdasarkan perbelanjaan bulanan anda dan memberikan anda keistimewaan seperti pemberitahuan awal tentang jualan dan promosi murah bagi tiket penerbangan.

Medan



Medan merupakan bandar ketiga terbesar di Indonesia yang terkenal dengan gabungan budayanya yang unik. Ia merupakan salah satu destinasi yang menarik untuk penggemar sejarah dan seni bina, kerana ianya dipenuhi dengan bangunan lama yang dibina pada era pemerintahan Belanda berpuluh tahun yang lalu.
Anda boleh berjalan-jalan di sekitar kota Medan dan lawati pelbagai bangunan ikonik seperti Pusat Pejabat Pos, Water Tower, Dewan Bandaraya lama dan Titi Gantung. Istana Maimoon yang dibina oleh Sultan Deli pada tahun 1800-an adalah salah satu destinasi yang paling popular di Medan. Di situ anda boleh melihat sendiri seni bina budaya Melayu purba yang menakjubkan berserta dengan artifak istiadat istana yang unik.
Jangan lupa untuk singgah di Masjid Medan, kuil kuno Maha Vihara Maitreya, Tanah Tinggi Brastagi dan air terjun dwi-warna Sibolangit. Anda juga boleh menaiki bas dari Medan ke gunung berapi Danau Toba yang menakjubkan dan juga merupakan salah satu keajaiban alam semula jadi dunia. 
Pengangkutan: Anda boleh menaiki feri dari Pulau Pinang ke Medan dengan harga tiket yang bermula dari RM180 (pergi balik) atau menaiki pesawat dari RM134 (sehala).
 Makanan: Makanan tempatan boleh didapati dari harga serendah RM5 dari warung, manakala harga makanan di restoran kebiasaannya bermula dari RM8 hingga RM40 untuk seorang. 
Penginapan: Anda boleh mendapatkan penginapan dengan harga bermula daripada RM60 di hotel-hotel murah di luar persisiran bandar.

Singapore


Negara yang juga dikenali sebagai Kota Singa ini adalah salah satu daripada destinasi pelancongan popular walaupun bersaiz kecil. Ia dianggap sebagai salah satu pelabuhan paling sibuk dan antara pusat perdagangan yang paling makmur di dunia. Orchard Road adalah syurga membeli-belah untuk yang gemar berbelanja; ianya dibanjiri dengan puluhan kedai-kedai dan pusat membeli-belah di setiap arah.
Terdapat juga tarikan pelancongan yang lain untuk memastikan anda sentiasa terhibur  seperti Pulau Sentosa , Taman Tema Universal Studios, Zoo Singapura, Taman Burung Jurong, Underwater World, Marina Bay, Chinatown dan banyak lagi. Namun, pertukaran mata wang yang tinggi menjadikannya destinasi pelancongan yang paling mahal dalam senarai ini.
Tetapi jangan risau, terdapat pelbagai cara untuk anda  pastikan percutian di Singapura berada di bawah lingkungan bajet anda.
Pengangkutan: Perjalanan bas dari KL ke Singapura mengambil masa lebih kurang 5-7 jam, bergantung kepada lalu lintas. Harga tiket bermula dari RM41.80. 
Makanan: Singapura disanjung tinggi untuk pilihan makanan jalanannya yang menakjubkan. Nikmati pelbagai makanan lazat dari setiap pelusuk Asia tak kira siang atau malam. Harga makanan jalanan kebiasaannya bermula daripada RM15. 
Penginapan: Anda boleh mendapatkan hostel di Hostelworld dari hanya RM59.09 semalam atau bilik dari RM124 di Airbnb.
Siapa kata anda perlukan beribu-ribu ringgit untuk bercuti di luar Malaysia? Jika anda bijak menguruskan kewangan anda dan merancang lebih awal, anda boleh pergi ke mana sahaja tanpa berbelanja dengan banyak.








Sabtu, 19 Ogos 2017

6 Lokasi Luar Negara Yang Boleh Anda Travel Dengan Bajet RM1500

Bila merancang untuk travel, bajet merupakan antara perkara penting yang menentukan lokasi yang bakal menjadi destinasi kita. Kejatuhan nilai ringgit pada awal tahun ini menyebabkan ramai yang sedikit keberatan untuk travel ke luar negara kerana kekangan bajet disebabkan tukaran matawang yang tinggi.
Sebagai seorang bajet traveller, saya sendiri turut terkesan dengan situasi ini tapi hati tetap nak travel. Jadi saya telah lakukan kajian agar masih dapat travel ke luar negara dengan bajet yang saya telah tetapkan.
Benda baik tak elok simpan sorang-sorang maka saya kongsikan di sini. Bajet saya untuk setiap trip tak boleh lebih daripada RM1500 termasuk tiket kapal terbang.

1. Banda Acheh, Indonesia

Ingat Acheh, ingat tsunami. Bandar yang pernah ranap kerana tsunami ini menawarkan lebih banyak tarikan dan monumen peringatan daripada tragedi yang telah menimpa serta beberapa lokasi alam semulajadi yang menarik.
Apatah lagi nilai Ringgit masih tinggi berbanding Rupiah Indonesia. Memang ngam dengan bajet saya.
Anggaran bajet saya:
  1. Tempoh: 4 hari 3 malam. Bajet untuk seorang, travel dalam kumpulan 4 orang.
  2. Tiket kapal terbang pergi balik : RM300 (termasuk airport tax). Boleh murah lagi untuk flight jika dapat cari tiket promo AirAsia.
  3. Pengangkutan (kereta sewa dan 4WD beserta pemandu untuk bawa ke lokasi menarik di sekitar Banda Acheh dan Sabang, feri dan pengangkutan dari jeti ke hotel) : RM150
  4. Hotel (1 malam di Banda Acheh dan 2 malam di Sabang): RM200
  5. Makan: RM150 (bajet lebih sikit untuk makan)
  6. Aktiviti : Pakej snorkeling di Iboih: RM70 (termasuk boat transfer, pemandu dan alatan snorkeling). Lain-lain aktiviti dah masuk dalam bajet sewa kereta dan 4WD sebab kena bayar untuk minyak.
  7.  Matawang: Indonesia Rupiah

Total bajet: RM870 / orang.
Bagi pasangan yang dah berkahwin jangan lupa bawa surat nikah. Undang-undang di Acheh tidak benarkan lelaki dan wanita keluar bersama selepas jam 10 malam.
Mana lah tahu terasa nak lepak tepi pantai sambil tengok bulan, ada polis syariah datang soal siasat banyak pula kena jawab nanti.
2. Yangon, Myanmar

Myanmar atau dikenali juga sebagai Burma bukanlah destinasi pilihan bagi sebahagian ramai traveller Malaysia. Mungkin sebab dah selalu jumpa warga dari negara ini di Malaysia.
Tapi jangan pandang sebelah mata dengan lokasi bersejarah dan budaya di negara ini. Banyak yang menarik untuk diterokai.
Antara fakta menarik adalah terdapat 140 masjid di Yangon, rakyatnya yang peramah, mudah dapat makanan halal yang murah dan sedap.
Dan ini adalah anggaran bajet saya:
  1. Tempoh: 4 hari 3 malam. Bajet untuk seorang, travel dalam kumpulan 4 orang.
  2. Tiket kapal terbang pergi balik : RM380 (termasuk airport tax). Boleh murah lagi untuk flight jika dapat cari tiket promo AirAsia.
  3. Pengangkutan: RM300
  4. Hotel: RM400. Hotel di Myanmar dikenakan caj dalam USD.
  5. Makan: RM200.
  6. Visa: RM140. Rakyat Malaysia yang nak ke Myanmar kena mohon visa.
  7. Aktiviti: Jelajah lokasi menarik di sekitar Yangon antaranya Shwedagon Pagoda, Sule Pagoda, Bogyoke Aung Sang Market dan naik keretapi keliling pekan.
  8. Matawang: Burmese Kyat
Total bajet: RM1420.00 / orang
Kepada food hunters, korang patut datang ke Yangon dan cuba makanan di sini. Buah-buahan pun dijual dengan murah.  Cuma pesan saya mesti minum air mineral yang dibeli dan elakkan makan sambal cili agar tak terkena cirit-birit.
Book hotel lebih awal sebab hotel di sini selalu penuh. Banyak traveller dari negara barat yang berkunjung ke negara ni. Jika mahu lebih adventure boleh juga ke Bagan dan Inle Lake selepas turun di Yangon.
3. Cebu, Filipina
Selain daripada Boracay, Cebu merupakan satu lagi destinasi yang mesti dilawati di Filipina jika korang sukakan keindahan alam.
Paling menarik kat sini merupakan antara tempat best untuk selfie dengan whale shark!  Ok, oleh sebab tempat ni best dan matawang Peso Filipina pun lebih rendah berbanding RM, maka haruslah masuk dalam senarai bucket list.
Ini anggaran bajet saya:
  1. Tempoh: 4 hari 3 malam. Bajet untuk seorang, travel dalam kumpulan 4 orang.
  2. Tiket kapal terbang pergi balik : RM590 (termasuk airport tax). Boleh murah lagi untuk flight jika dapat cari tiket promo AirAsia.
  3. Pengangkutan: RM50 (termasuk tips dan upah driver)
  4. Hotel: RM150 untuk 3 malam
  5. Makan: RM100. Bawa makanan dari Malaysia untuk sarapan dan makan malam. Bajet hanya untuk makan tengahari saja. Tapi khabarnya makanan halal sukar nak dapat kat sini. Jadi standby bawa makanan lebih sikit.
  6. Aktiviti: RM520. Bajet untuk pakej berenang dengan whaleshark di Oslob, Tumalog Falls, Osmena Peak, berkayak di Kawasan Falls dan bamboo raft di Kawasan Falls dan zipline.
  7. Matawang: Peso
Total bajet RM1410.00 / orang.
Bajet ni dikira tinggi dan sebenarnya boleh kurangkan lagi terutama untuk hotel dan tiket flight.
Untuk itinerari dan lokasi menarik untuk diterjah sepanjang di Cebu, korang boleh download apps Cebu Guide.
Jika ke Filipina jangan lupa asingkan duit sebanyak 750 Peso untuk bayar ‘airport tax’. Tapi daripada maklumat terbaru yang saya dapati, harga tiket AirAsia dari Cebu ke KL sudah termasuk ‘airport tax’. Hanya untuk Cebu saja tau, bukan di airport lain di Filipina. Walaubagaiamana pun tak salah bersedia lebih sikit agar kita tak terkandas di sana hanya kerana 750 Peso ini.
4. Maldives


Sebut Maldives tak perlu cerita banyak lagi. Ini antara tempat untuk bercuti dan tenangkan fikiran sambil layan pemandangan laut luas yang cantik. Sambil tu boleh snorkeling sekali.
Anggaran bajet saya:
  1. Tempoh: 5 hari 4 malam. Bajet untuk seorang, travel dalam kumpulan 4 orang.
  2. Tiket kapal terbang pergi balik : RM740 (termasuk airport tax). Boleh murah lagi untuk flight jika dapat cari tiket promo AirAsia.
  3. Pengangkutan: RM200
  4. Hotel: RM300. Cari hotel murah di Hulhumale atau pulau sekitarnya.
  5. Makan: RM100. Selebihnya bawa makanan dari Malaysia.
  6. Aktiviti: RM160. Bajet aktiviti boleh dinaikkan jika bajet tiket kapal terbang dapat dikurangkan. Antara aktiviti boleh dilakukan adalah melawat 2 ke 4  pulau di Maldives iaitu Hulhumale, Male, Maafushi dan Adaaran, aktiviti bajet rendah sekitar USD10 dan lepak layan matahari terbenam.
  7. Matawang: Rufiyaa
Total bajet RM1500.00 / orang.
Ada pilihan untuk naik local boat/slow boat ke Maafushi dengan tambang 3USD sahaja seorang. Bot bertolak setiap hari kecuali Jumaat pada jam 3 petang.
Matawang Maldives adalah Rufiyaa. Susah sikit nak dapat di Malaysia. Tapi boleh tukar di lapangan terbang sebaik saja sampai di sana. Kadar tukaran semasa ialah 1USD bersamaan 15 Rufiyaa. Simpan resit, kalau ada baki boleh ditukar ke USD di Airport Male sebelum balik ke Malaysia.
5. Perth, Australia



Perth merupakan bandar di negara kangaroo ini yang paling hampir dengan Malaysia. Tempoh penerbangan dari KLIA2 – Perth adalah 5 jam 30 minit.
Terletak di wilayah Western Australia, cara terbaik untuk meneroka lokasi menarik di sini adalah dengan menyewa kereta.
Anggaran bajet saya
  1. Tempoh: 5 hari 4 malam. Bajet untuk seorang, travel dalam kumpulan 4 orang.
  2. Tiket kapal terbang pergi balik : RM780 (termasuk airport tax). Boleh murah lagi untuk flight jika dapat cari tiket promo AirAsia.
  3. Pengangkutan (sewa kereta dan minyak) = RM1200 bahagi 4 = RM300
  4. Hotel: RM200 (backpackers hostel) atau sewa rumah di AirBnB, lagi senang nak masak.
  5. Makan: RM100 Bawa stok maggi, rempah menggoreng dan rempah segera dari Malaysia. Beras, telur, roti, bawang, sayur-sayuran dan ikan atau ayam / daging halal boleh dibeli di kedai Vietnam dan pasaraya di sana.
  6. Visa ke Australia: RM20. Ye RM20 jika beli daripada ejen
  7. Aktiviti: RM114. Bayaran masuk ke Pinnacles RM10 (RM35 per entry bahagi 4), Dolphin Centre RM30, Caversham Wildlife RM74. Ini antara 3 must visit place in Western Australia.
  8. Matawang: Dolar Australia
Total bajet RM1514 / orang
Terdapat banyak lokasi menarik yang boleh dilawati secara percuma di bandar Perth dan sekitarnya. Korang boleh semak info lanjut di website WesternAustralia.com dan di LookAtWa.com.
Dan jika korang nak jimat lagi boleh cuba naik Transperth yang menyediakan perkhidmatan bas percuma di sekitar CBD, Fremantle dan Joondalup. Boleh rujuk jadual operasi bas transperth di website Transperth.wa.gov.au.

6. Busan, Korea


Ketika ini AirAsia X merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang terbang terus dari KL ke Busan dan vice versa.
Bila ada peluang macam ni bolehlah cover 2 bandar dalam 1 trip iaitu Seoul dan Korea. Korang boleh turun di Seoul dan bertolak balik ke Malaysia dari Busan atau sebaliknya.
Ini anggaran bajet saya
  1. Tempoh: 5 hari 4 malam. Bajet untuk seorang, travel dalam kumpulan 4 orang.
  2. Tiket kapal terbang pergi balik : RM798 (termasuk airport tax). Turun di Busan dan balik ke KL di Seoul, atau sebaliknya. Boleh murah lagi untuk flight jika dapat cari tiket promo AirAsia.
  3. Pengangkutan: RM200 (subway, teksi, bas).
  4. Hotel: RM300
  5. Makan: RM100. Bawa bekal makanan dari Malaysia untuk sarapan dan makan malam. Siang boleh cuba makanan halal di sana. Tetap nak total bajet dalam RM1500 jugak. Haha!
  6. Aktiviti dan bayaran masuk ke attractions berbayar: RM100
Total bajet RM1498 / orang.
Perancangan saya adalah 2 hari travel di Busan dan 3 hari di Seoul.
Jika korang bercadang nak naik subway sepanjang di sana, boleh cuba download apps Jihachul Korea Subway. Dalam apps ni diterangkan dengan lengkap harga dan route dari stesen mana ke stesen mana, dan kat mana nak tukar train, serta masa. Juga sila ambil perhatian orang Korea sangat menepati masa. Lambat kena tinggal okey.
Beli T-Money untuk bayar teksi, subway dan naik bas. Harga tambang yang dikenakan lebih murah bila bayar guna T-Money. Info berjimat macam ni penting untuk diambil tahu. Untuk info lengkap boleh semak di website VisitKorea.





Jumaat, 18 Ogos 2017

Cara Dapatkan Tiket Flight Murah


Saya kongsikan 10 trick atau rahsia bagaimana anda boleh dapatkan tiket kapal terbang dengan lebih murah. Kata nak travel cara jimat kan? So anda ikut tips ni okey.
1. Awal vs Akhir
Air Asia vs Malaysia Airlines
Air Asia = tempah awal (6-12 bulan)
Malaysia Airlines = tempah akhir (kurang dari 1 bulan)
2. Kejar Harga BUKAN Kejar Destinasi
Ingin merasai pengalaman berada di Jepun? Mengapa perlu memilih Tokyo (RM329) daripada Osaka (RM299)? Hakikatnya setiap destinasi penerbangan mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Jadi, mengapa memilih destinasi yang lebih mahal?
3. Hukum ‘Hari & Masa’ Penerbangan
Memilih penerbangan pada hari Selasa, Rabu atau Khamis lebih murah berbanding penerbangan pada hari Isnin, Jumaat, Sabtu atau Ahad
Bergantung kepada destinasi, penerbangan awal pagi dan lewat malam lebih murah berbanding pada masa-masa lain di dalam sehari.
4. Media Sosial, Laman Sesawang Rasmi Operator Penerbangan
Jangan malu dan segan untuk mengikuti media sosial & laman sesawang syarikat penerbangan seperti di Facebook, Twitter untuk maklumat terkini promosi yang diberikan.
5. Hukum ‘Bas Lompat’
Seperti konsep ‘bas lompat’ yang jauh lebih murah, tiket penerbangan juga mempunyai konsep yang sama. Bergantung kepada anda untuk ‘membeli masa’ anda dengan mengambil penerbangan terus atau penerbangan yang mempunyai beberapa hentian.
6. Pelanggan Setia Hujung Nyawa
Setiap kesetiaan yang dicurahkan pasti ada ‘bayarannya’. Kesetiaan kepada sesuatu syarikat penerbangan pastinya akan lebih berbaloi apabila kita memdapat mata ganjaran, keistimewaan penumpang dan lain-lain.
7. 12 Tengah Malam
Ramai yang sudah tahu bahawa pada masa-masa yang tertentu syarikat-syarikat penerbangan akan membuka promosi online mereka. Kerana itulah ramai yang tidak tidur malam kerana promosi ini hanya akan bermula pada 12 tengah malam.
8. Lapangan Terbang Alternatif
Ramai yang tidak tahu bahawa Bandara Adisumormo (Solo) dengan Bandara Adisujipto (Yogyakarta) hanya terpisah dengan 30 minit perjalanan.
Jika dilihat pada promosi di bawah, tiket penerbangan KL ke Yogyakarta berharga RM79 berbanding KL ke Solo RM59. Kos di antara Solo ke Yogya pula adalah serendah RP10 ribuan (RM4).
9. Hukum +- 1 Hari
Bagi kelonggaran pada hari berlepas dan hari pulang dari bercuti. Banyak kemungkinan yang tiket hari sebelum atau hari selepas adalah lebih rendah
10. Hukum ‘Satu Arah’
Apabila kita menempah tiket, syarikat penerbangan tahu yang kita pasti akan pulang. Jadi pada masa inilah kita akan di’pau’ oleh syarikat-syarikat ini.
Jadi, untuk ‘mengelabui mata’ pihak syarikat, kita boleh menempah promosi satu arah dan kemudiannya kita menempah pula tiket penerbangan balik.
Hakikatnya memang segala cara ini renyah dan menyusahkan tetapi atas usaha kita ini kita mungkin dapat menjimatkan kos tiket penerbangan yang sememangnya adalah kos utama dalam setiap perjalanan.

Khamis, 17 Ogos 2017

6 Teknik Jimat Untuk Travel

TIPS: 6 Teknik Jimat Untuk Travel | Travel adalah aktiviti yang cukup menyeronokkan. Namun, travel memerlukan belanja yang agak besar. Ia bergantung kepada destinasi yang dituju dan tempoh masa berada di sana. Kebanyakan orang cukup fobia untuk travel bila mereka fikir soal kekangaan kewangan. Hakikatnya, kita semua mampu mengubah mindset untuk travel jika ada cara berjimat-cermat dan tahu tekniknya. Pucuk-pangkalnya, kita kena tahu dan belajar teknik yang betul. Nak travel? Nak jimat? Jom kami kongsikan beberapa tips untuk korang semua.


Di kesempatan ni, Mat Remos terpanggil untuk berkongsi beberapa idea untuk memastikan kita travel dalam keadaan yang paling ekonomikal. Dengan kata lain, tips berjimat-cermat ketika travel. Percayalah, bukan orang kaya saja yang mampu untuk travel keliling dunia. Kita yang biasa-biasa ni pun mampu untuk travel kalau kita betul-betul mahu. Bak kata pepatah, "nak seribu daya, taknak seribu dalih". Semoga perkongisan kali ni, sedikit-sebanyak dapat digunapakai untuk memberi inspirasi kepada kita semua untuk sama-sama travel dan kenal dunia luar.

1) Sediakan bajet 

Sebelum memulakan travel, pertama sekali mesti disiplinkan diri dengan merangka belanjawan. Rancang kewangan dengan teliti dari segi tiket penerbangan, penginapan dan perbelanjaan harian. At least, bila dah plan awal-awal, kita tak akan belanja boros dan belanja sesuka hati yang mampu melampaui bajet yang kita ada. Orang kata, "Fail to plan, Plan to Fail". Kalau dah ada plan bajet, setidak-tidaknya kita tahu nak bawa cash banyak mana, nak spare cash kat tangan banyak mana, dan plan mana yang patut.

2) Sediakan map


Untuk berjimat, map memang perlu ada di tangan especially untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Tips jimat ni memang terbukti berkesan bila kami travel ke Macau. Di mana nak dapatkan map? Boleh dapatkan di hotel-hotel, homestay atau tourism centre secara percuma. If possible, beli awal-awal map dan study apa yang patut untuk lebih memudahkan urusan ketika travel nanti.

3) Bawa gajet

Setiap orang mesti ada telefon bimbit, ipad, ipod, dan macam-macam lagi gajet. Untuk jimatkan masa, boleh gunakan gajet untuk mencari info berkaitan destinasi yang dituju. Sebolehnya, guna wifi yang ada. Kalau memang memerlukan internet, boleh dapatkan pakej internet di negara yang dikunjungi. Kalau ada kamera, better bawa mana yang ada. Sebabnya? Kamera atau go-pro perlu ada untuk snap foto. Kaedah ini boleh menjimatkan kos daripada perlu beri upah jurufoto khas di lokasi tertentu semata-mata nak dapatkan gambar sebagai kenang-kenangan. Pastikan semua gajet disimpan dalam satu bag galas untuk elakkan daripada tercicir atau hilang. Be carefull!

4) Bawa bekalan makanan

Especially pergi ke negara yang susah untuk dapatkan makanan halal, make sure bawa bekalan makanan. Antara stok makanan yang disarankan adalah roti, mee segera, air minaral dan biskut. Ini dapat menjimatkan kos dari segi perbelanjaan makanan di tempat orang. Kalau time terdesak pun, boleh makan. Make sure, stand-by dalam bag galas.

5) Buat homework

Sebelum berangkat ke destinasi, pastikan buat homework especially tentang jarak perjalanan dan mode of transportation. Lagi satu, get familiar dengan tempat-tempat menarik yang ingin dituju dan sediakan itinerari siap-siap. Tak kiralah, itinerari buat sendiri ataupun ambil dari member-member yang dah pernah pergi ke destinasi yang nak dituju. Yang penting, be prepared! Teknik ini dapat menjimatkan masa dan menjadikan perjalanan kita lebih sistematik.

6) Sediakan cash dan elakkan kad kredit

Mungkin ramai yang berpendapat, nak mudah guna je kad kredit. Tapi, untuk lebih jimat, better sediakan cash. Make sure tukar wang ikut matawang sebelum berangkat. Nak guna kad kredit boleh, cuma guna time betul-betul memerlukan atau terdesak. Bukan guna time suka-suka nak beli itu ini untuk puaskan hati. Bukan apa, bila dah balik dari travel tak payah fikir dah caj extra yang dikenakan kalau guna kad kredit.So, "ukur baju di badan sendiri". Kalau mampu beli, tak mampu tengok je lah, hehe. Yang penting, pengalaman berada di tempat orang itu yang lebih berharga untuk disimpan sampai bila-bila.


Rasanya, cukuplah 6 tips berjimat-cermat untuk travel setakat ini. Mungkin banyak lagi cara untuk berjimat-cermat ketika travel. Kalau ada apa-apa yang difikirkan boleh diaplikasikan, boleh drop komen. Semoga perkongsian kali ni bermanfaat untuk semua. Korang yang lebih berpengalaman, sila share experience masing-masing ok? Mudah-mudahan, dapat jadi rujukan kepada semua. Mana tahu kan, jumlah wang yang kita jimat mampu untuk menampung kos travel kita ke destinasi seterusnya. Jom sama-sama kita menjadi traveller yang bijak belanja. 


! Selamat mengembara di bumi Allah.


Rabu, 16 Ogos 2017

Nak Travel Tapi Takde Duit ? Okay Sila Baca Tips Menabung Duit Travel



Tips Simpan Duit Untuk Bercuti |  Assalamualaikum! Dah agak lama rasanya tak menulis tips bercuti atau travel ni. Demi mengekalkan niche blog ini di dalam blog travel saya gagahkan jugak untuk menulis beberapa tips yang simple mengenai percutian. Walaupun blog ini blog personal tetapi seboleh bolehnya aku mahukan 60% isi kandungan blog ini adalah mengenai travel, melancong dan percutian.
Untuk tips melancong minggu ini saya kongsikan “Tips Simpan Duit Untuk Bercuti”
Memang saya selalu ditegur terutama tahun lepas dimana tahun yang saya banyak melancong. Soalan yang biasa di tanya.
  • Sapa taja kau?
  • Orang kaya memang selalu bercuti.
  • Banyak duit kau selalu melancong
  • Ko tak kerja ke asyik bercuti jer
Itu diantara beberapa soalan yang saya selalu dapat terutama dari kawan-kawan dan juga reader blog 
Bagi saya sebenarnya nak bercuti tak perlu menjadi kaya. Cukuplah perancangan dari segi keewangan dan juga pelancongan. Korang dah boleh bercuti. Bagi saya ramai jer yang tak kaya pergi melancong. Asalkan ada minat yang mendalama semuanya boleh.
Tahun ni saya jarang melancong. Disebabkan saya dah mula bekerja jadi priority melancong dah jadi nombor 2. Lagipom kalau tak bekerja macam mana nak dapat duit untuk bercuti kan. Tajaan tu memang ada tapi tajaan ni kadang-kadang tak kena dengan masa dan jiwa kita. Yang mana boleh kita ambil, ambil jer yang mana x sesuai pass kat kawan-kawan blogger yang lain. InshaAllah bila kita kongsi rezeki Allah akan balik lebih lagi.
OK berbalik kepada tips minggu ini iaitu Tips Simpan Duit Untuk Bercuti:

#1- Target & Perancangan

Untuk mencapai destinasi tempat percutian yang ingin kita pergi kita tidak boleh membuat keputusan secara tiba-tiba. Menurut pengalaman yang dikongsikan traveler terkenal Matt Harding iaitu seorang American traveler terkenal. Untuk mencapai destinasi yang ingin kita tujui kita perlu mempunyai sasaran& perancangan sekurang-kurangnya setahun sebelum tarikh yang ingin kita pilih. Hal ini penting bagi sebuah percutian ini berjaya dilaksanakan dan tempat sasaran kita itu berjaya dijejaki. Lebih detil lagi peracangan yang dibuat maka lebih jelas bagaimana untuk kita sampai ke tempat yang kita kita tujui

#2- Tabung Percutian

Selepas mempunyai perancangan yang lengkap maka sampai masa untuk melaksana rancangan tersebut. Destinasi yang ingin ditujui mempunyai kos tersendiri yang perlu kita laburkan. Jadi untuk mengelakan kita menggunakan duit dari sumber yang tidak sepatutnya maka kita perlu asing atau tabungkan wang pelaburan tersebut ke satu tabung khusus. Namun apalah makna sebuah tabung sekiranya kita tidak mampu konsisten dalam menabung jadi komitmen dalam menabung teramatlah penting bagi mencapai objektif percutian kita tadi. Lebih tinggi kos tempat yang ingin kita tujui maka lebih tinggi wang yang patut kita tabungkan.
Untuk percutian ke luar negara secara minimum kami sarankan agar  menabung sebanyak RM5/ sehari. Sekiranya ia dilakukan secara konsisten maka  jumlah yang akan diperolehi dalam masa setahun adalah RM5 X365/hari bersamaan RM 1825 . Untuk mendapatkan lagi bonus penjimatan yang maksimum. Untuk 6 bulan pertama anda keluarkan dahulu wang tersebut bagi pembelian tiket penerbangan. Ini kerana sudah menjadi trend promosi banyak syarikat penerbangan melakukan promosi harga runtuh tiket penerbangan bermula enam ke tiga bulan dari tarikh yang kita pilih. Kita juga harus alert untuk sebarang promosi dari mana-mana syarikat pelancongan kerana promosi dari syarikat penerbangan juga akan membuka promosi khas untuk syarikat pelancongan yang berdaftar untuk di promosikan kepada anda.

#3- Wang Tambahan

Jangan merungut dan runsing sekiranya anda tidak mampu menabung oleh sebab kos sara hidup yang semakin meningkat. Cara lain untuk mencapai tips no.2 adalah anda boleh cuba melakukan aktiviti wang tambahan secara part time. Hari ini pelbagai tawaran buat duit secara sambilan yang boleh pilih pilih. Apa yang penting anda perlu bijak memilih lubuk duit yang tidak merumitkan dan tidak menjadi beban untuk anda melakukannya. Bukan semua perkara kita suka lakukan dan sudah pasti kita melakukan ini hanya sementara saja. Sekiranya wang sasaran menabung anda telah dicapai lebih awal dari dijangkakan maka anda boleh berhenti untuk mengerjakan aktiviti ini.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review