
Percutian luar negara yang indah dan menarik tidak semestinya memerlukan kos yang besar seperti yang anda jangkakan. Terdapat pelbagai destinasi percutian di LUAR Malaysia yang hanya memerlukan bajet serendah RM500, jika anda tahu di mana, bagaimana, dan bila anda boleh mengurangkan kos perbelanjaan perjalanan anda.
Kami senaraikan 5 destinasi percutian luar negara yang memukau dengan bajet hanya RM500. Sukar untuk dipercayai? Teruskan membaca artikel ini!
Hat Yai
Hat Yai adalah tempat yang paling dekat untuk ke Thailand dari selatan Malaysia, hanya beberapa jam dari Bukit Kayu Hitam di Kedah. Ia adalah salah satu destinasi pelancongan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan Singapura kerana jaraknya yang dekat. Sejurus sampai,...